News:

About us: a forum for monotheists, and discussion of Islam based on The Quran

Main Menu

GOD ALONE MUSLIMS FROM SABAH/MALAYSIA! WHERE ARE YOU?

Started by Christoph Haupt, November 22, 2008, 01:09:17 AM

Previous topic - Next topic

Christoph Haupt

Moin, Moin Sis and Bro...

...therefore i'm living in Keningau - Sabah(Borneo) - Malaysia i want to ask if there is anyone here living in Sabah too?
I would like to know and maybe meet you!

Peace upon you....CHRIS
The stupid are ruling the world because the intelligent gave in to often!

The PEN is mightier than the SWORD - but not all people are willing to read.

39:18. The ones who listen to what is being said, and then follow the best of it.  These are the ones whom God has guided, and these are the ones who possess intelligence.

Christoph Haupt

Alamak, selepas 1 minggu sudah 90lebih orang tengok dan baca post punya tapi tiadak muslim tinggal di Sabah, kah? 

Tak apa apa anda tinggal di KK, Sandakan atau Tawau. Mungkin orang muslim di Sabah takut "Religious Authority" kah?

Saya akan rasalah "lost" dan sakit hati. Hanya 1 orang " Allah sahaja"  tinggalkan di Sabah. ???

Salam....Chris
The stupid are ruling the world because the intelligent gave in to often!

The PEN is mightier than the SWORD - but not all people are willing to read.

39:18. The ones who listen to what is being said, and then follow the best of it.  These are the ones whom God has guided, and these are the ones who possess intelligence.

tauhid101

Salam Chris,

Saya rasa ramai juga Tauhidian diSabah ni. Cuma mungkin macam yang Chris cakap tu atau orang kitani pemalu bah kalau bercerita diforum pasal ugama.
Tau-tau lah orang sabah kan, kalau pasal ugama, personal matters. Jangan cepat sakit hati, tempinai  ;D.
Saya pun dari Sabah juga. Saya selalu juga intai-intai forum ni. Berapa lama sudah Chris ikut jalan Tauhid ni?

MESSAGE114

Salam Christoph and Tauhid 101,

Maaf saya mengganggu. Saya bukan dari Sabah negeri bawah bayu yang indah, tapi kita sama-sama di atas pulau Borneo ini. Saya dari Sarawak bumi Kenyalang.

Sememangnya kita anik banar-banar ingin mencari kebenaran. Syukur kepada Allah, our Almighty GOD, kerana kita tidak terperangkap dalam kefahaman yang menyempitkan fikiran kita. Hanya Al-Quran sumber kita untuk mentafsir hidup kita atas planet bumi ini secara meluas semata-mata untuk menyelamatkan kita di akhirat kelak.

Saya faham, kita sekarang masih bersendirian dalam masyarakat yang berfahaman mazhab Syafie yang kuat. Kalau ada siapa-siapa pembaca dari Sabah dan Sarawak, jom kita berbicara dengan pengalaman masing-masing. Sama-sama kita anik dan kita di sitok berbual-bual.

Selamat berkenalan.

Wassalam.
TRUE HAPPINESS IS READING OF TRUTH.

tauhid101

Salam sejahtera message114,

Kalau bagi saya, kau ndak menggangu bah  :welcome:. Ndak tau lah pula dengan bro Chris kerana dia yang mulakan post ni. Aku ni pun setakat numpang sekaki ja. Si Christophernya ni pun ndak tau pigi mana sudah.

Saya sebenarnya dari kecil ndak pernah ikut kelas ugama. Belajar di kelas sampingan sebelah malam pun nadada. Kalau disekolah dulu pun, period ugama ja, kalau ndak ponteng kelas saya duduk dibelakang bilik darjah. Sesudah dewasa dan dah bekerja pun, malam2 logop singgarung (minum tiger atau bulldog) sampai pagi. Saya mula minum dari umur 16 tahun sehinggalah saya berhenti semasa umur saya 32 tahun. Huruf jawi pun saya ndak tau. Eja nama sendiri dalam jawi pun ndak tau. Begitulah hidup saya dahulu, pagi bangun pi kerja sampai jam 5, lepas tu happy hours dengan kawan2, pub crawling sampai pub-pub diKK ni tutup. Kalau rasa terlampau haus, lunch time dah mula happy hours. Tapi semasa jadi kaki minum arak, ada masa2nya dalam diri bertanya sendiri, adakah saya akan jadi begini selama-lamanya? Adakah besok malam saya akan duduk dimeja yang sama, minum arak yang sama dan pada jam yang sama?

Pada satu malam, Tuhan telah memberi peluang kepada saya dengan memberi pertunjuk dan saya pula kena buat choice. Saya katakan demikian, kerana pada malam itu, saya baru habiskan satu gelas stout dipub pertama, ada kawan menalipon dari pub lain suruh saya join durang. Dalam perjalanan malam itu lah saya diberi pertunjuk. Tiba2 sahaja pandangan dihadapan saya gelap gelita macam mau ribut. Tidak ada kereta lain pula kelihatan dan jalan raya dihadapan saya pula mengular dan saya terpaksa perlahankan kereta. Jam masa tu baru jam 8.00 malam, kira masih awal lagi dan di jalan raya yang saya ikut ni selalunya masih banyak kereta pada jam itu.  Dalam diri bertanya, apa sudah jadi? Saya belok ke kiri dan berhentikan kereta dibelakang kedai. Malam itu saya berfikir didalam kereta sampai tertidur hingga subuh. Tauke kedai tu pula yang kasi bangun saya. Mula hari itulah saya buat choice yang betul (besyukur betul saya pada Tuhan sehingga sekarang), saya kurangkan minum dan bergaul dengan pakcik dan adik saya, mereka ni selalu bercerita pasal al-quran sahaja. Saya mula banyak bertanya pasal ajaran-ajaran dalam al-quran. Pakcik saya ndak pernah merujuk kepada buku-buku hadis, hanya kitab al-quran sahaja. Setiap malam saya mula mengubah program, minum kopi-o dengan pakcik dan adik saya sambil bersoal jawab mengenai Tuhan dan kitabNYa sahaja. Kawan2 minum pula mula berkurangan berkontek pi pub crawling. Apabila persoalan saya dan jawapan yang diterima daripada pakcik dan adik saya mula menjadi ulangan , terasa dalam diri mahu membaca dan mencari jawapan dari kitab terus. Kitab al-quran pertama yang saya beli adalah dalam bahasa indonesia dan melalui kitab inilah saya betul2 mendapat petunjuk hidayah Kebenaran. Ini bukan taksub atau temberang, tapi kebenaran yang sebenar-benarnya seperti firman2 Tuhan dalam kitabNya, hanya Dia yang berhak dan berkuasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Sedangkan nabi pun Dia tegur, bahawa nabi hanya penyampai dan pemberi amaran tetapi hanya Tuhan sahaja yang berhak dan berkuasa untuk memberi petunjuk hidayahNya.

Kalau mau bercerita pasal pengalaman ni, banyak yang mau diceritakan, bukan begitukah bro message114? Setiap hari dalam kehidupan itu adalah pengalaman bagi diri masing-masing, adakah diri itu mengikut jalan yang dikurniakan atau jalan yang dimurkai atau pun jalan yang tersesat. Dengan kitabNya yang terakhir, Tuhan telah memberi pilihan kepada umat manusia seluruhnya tanpa paksaan.

Umur saya sekarang ni 49tahun, masih bekerja dan single but not really looking ;D. Sekarang ni ndak pula pandai rasa boring walau pun tinggal saturang dirumah. Ndak macam dulu, mau ja cari kawan2 pi pub crawling. Sekarang ni kalau seliurkan tiger, saya belilah 2 atau 3 tin dari milimewa, minum dirumah sendirian sahaja hehehe...

Mana pula pigi bro Chris yang mulakan post ni ah? Ndakkan dia betapa terus di airterjun bunsit?

Buat masa ni ja dulu, bro message114. Salam sejahtera.

MESSAGE114

Salam Tauhid101,

Terima-kasih atas cerita perjalanan pengalaman hidup. Umur saya 45 tahun. Sudah berumah-tangga dan ada anak-anak. Banyak tanggung jawab.

Tapi biasalah zaman remaja dulu bagi saya .. minat lagu rock. Rockerslah tu. Biasalah .... minat simpan rambut panjang. Sebut saja deep purple, scorpions dan black dog bone, carefree, search, wings, bumiputra rockers minat habis. Sekarang masih minat lagi lau rock 80an, tapi buat hiburan sampingan saja. Zaman tu dah berlalu. Sangat nostalgic.

Saya suka kerana saudara sangat jujur orangnya. Walau bersendirian, tapi saudara ada teman sejati... iaitu Tuhan Yang Maha Kuasa. Begitu juga saya. Hanya AlQuran panduan hidup kita sampai akhir hayat.

Sangat menarik juga pakcik saudara hanya berpandu Quran tanpa merujuk hadis. Berapa umurnya? DI manakah dia menuntut ilmu?

Chris mana ya? Mungkin sibuk dengan kerajak.  Ndak apa tunggu sajak.

Okay saudara. Take care. May AlMighty GOD bless you.

Wassalam.

TRUE HAPPINESS IS READING OF TRUTH.

tauhid101

Salam message114 and may God bless us all always,

Boleh saya bertanyakah? Isteri saudara mengikuti jalan yang sama kah? Tentunya baik sekali kalau berdua-duan mempelajari Kebenaran daripada Tuhan. Semoga Tuhan memberkati keluarga saudara setiap hari.

Saudara ni dari Kuching atau dari tempat lain? Saya dulu pernah berkursus di Kuching, sekitar tahun 1979-1980 dan pernah berkunjung semula pada tahun 2003. Bekursus di Survey School Kenyalang Park, Kuching. Kami juga pernah membuat praktikal survey di Bau, Semarahan dan Lubuk Hantu.

Pakcik saya skg ni umurnya dah menjangkau 60an, berkeluarga, tinggal diKL dengan isteri dan anak-anak. Isterinya orang Johor. Semasa kami bercerita-cerita dahulu mengenai Tuhan dan kitabNya sahaja, dia pernah mengatakan yang dia mempelajari kitab quran untuk menuntut ilmu selepas mengerjakan haji.

Semasa mengerjakan haji dahulu, dia ada mendapat petunjuk daripada Tuhan, untuk dirinya sendiri melalui mimpi dan ada juga petunjuk yang berlaku pada jemaah yang lain dalam kumpulannya.

Sayang sekali dinegara kita ini, dengan kefahaman dan pengajaran yang berbeza-beza, banyak petunjuk-petunjuk yang diperolehi jemaah haji sekembali ketanah air, tidak pula digalakan untuk bercerita supaya menjadi tauladan dan pengajaran yang baik. Ada pula yang mengata nanti pendek umur. Malahan ada yang mengata kalau diceritakan, musibah akan menimpa diri yang diberi petunjuk. Jelas sekali kebanyakan manusia tidak memahami isi kandungan kitab Tuhan.

Sampai disini dulu ya, saudara message114. Sekiranya saudara berminat mahu mendengar mimpi-mimpi pakcik saya dan apa yang berlaku pada jemaah lain, saya akan ceritakan nanti ya. Kalau saudara mahu dengar pengalaman saya sendiri semasa mengerjakan haji pun boleh juga bah.

Sampai disini dulu ya, saudara message114.
Semoga Tuhan memberkati kita semua setiap hari dan memasukan kita kedalam rahmatNya, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

percaya

Salam semua kwn2. Harap semuanya sihat2. Anyway, c chist takut plak d sabah ni tiada yg mengikut ajaran god alone. Cuma nda ramai lah.. Kita tau d malaysia sapa yg nda pecaya hadith kena cop MURTAD joe..hehe. Anyway, ajaran bepandukan al-quran only adalah satu ajaran yg jauh berbeza dgn tambahan hadith. Saya sendiri pun agak terkejut bila kwn sia kasi crita pasal benda ni. Tau lah kan kita d besarkan dgn ajaran mazhab shafie. So pening juga mula2, sampai lah saya baca al-quran yg kena translet molayu. And than sia tukar p english. Bah, mana2 yg bleh turun kk kita jumpa lah. Duduk minum kopi n sarita-sarita.

tauhid101

Salam Percaya ;D,

Quote from: percaya on February 20, 2011, 03:41:45 AM
Salam semua kwn2. Harap semuanya sihat2. Anyway, c chist takut plak d sabah ni tiada yg mengikut ajaran god alone. Cuma nda ramai lah.. Kita tau d malaysia sapa yg nda pecaya hadith kena cop MURTAD joe..hehe. Anyway, ajaran bepandukan al-quran only adalah satu ajaran yg jauh berbeza dgn tambahan hadith. Saya sendiri pun agak terkejut bila kwn sia kasi crita pasal benda ni. Tau lah kan kita d besarkan dgn ajaran mazhab shafie. So pening juga mula2, sampai lah saya baca al-quran yg kena translet molayu. And than sia tukar p english. Bah, mana2 yg bleh turun kk kita jumpa lah. Duduk minum kopi n sarita-sarita.

Orang kk kah kau ni, percaya? Bagus juga kau ada kawan bercerita sudah, pasal kau bilang kau dengar benda ni dari kawan kau. Lama sudah kah kau baca kitab tu? Bah boleh bah, aramaiti kita di salim, lintas  ;D

tauhid101 :peace:

percaya

Salam Mrtauhid101.. Bah bleh bah kalo mau aramaiti d salem. Tapi sana ramai urg bos. Kalo ko setuju tuan kita duduk minum area damai lagi best tuan. Apa mcm? mana bah c chist? bz betul dia ni..

MrSunni

Aramaiti!!

       Aku Sama si Percaya ni ada beberapa Member Quranist di KK. We have always asked amongst our self the big question "are we alone?". Hahaha! Ada juga Alien lain di bumi Sabah nie. Peace!   

             

percaya

Quote from: MrSunni on February 24, 2011, 07:32:47 AM
Aramaiti!!

       Aku Sama si Percaya ni ada beberapa Member Quranist di KK. We have always asked amongst our self the big question "are we alone?". Hahaha! Ada juga Alien lain di bumi Sabah nie. Peace!   

             

tauhid101

Salam Mrpercaya and MrSunni,

Napa kalo ramai urang disalim tu,bos..? Ok bah tu.. tapi kalo ko ndak rasa selesa disalim, difookyuen,damai pun ok juga tu, bos. ada juga minpau sama chicken wing panggang :eat:.

Mrsunni pun sama jalan juga kah? Ada juga bah diKK ni and native asli half half, bukan PTI, TuanSunni ;D. Selalu juga kah kamu sama member2 kamu pi didamai beserita-serita pasal ajaran kitab ni? Kalo sia join kamurang, bulih kah? Mcm mana mau bekontek dengan kamurang?

Peace to both of you, be well :peace:

percaya

Quote from: tauhid101 on February 24, 2011, 10:14:25 AM
Salam Mrpercaya and MrSunni,

Napa kalo ramai urang disalim tu,bos..? Ok bah tu.. tapi kalo ko ndak rasa selesa disalim, difookyuen,damai pun ok juga tu, bos. ada juga minpau sama chicken wing panggang :eat:.

Mrsunni pun sama jalan juga kah? Ada juga bah diKK ni and native asli half half, bukan PTI, TuanSunni ;D. Selalu juga kah kamu sama member2 kamu pi didamai beserita-serita pasal ajaran kitab ni? Kalo sia join kamurang, bulih kah? Mcm mana mau bekontek dengan kamurang?

Peace to both of you, be well :peace:

percaya

Salam, MrTauhid saya sudah pm ko. Waiting for ur reply.

tauhid101


percaya

SalamSemua, Kesian kita punya sideTopic ni, urg-urg dia muncul 3tahun sekali.. HariRaya pun Setahun sekali.. Tapi mungkin semua keja keras sampai ada yg jadi batu sudah.. hehe(gurauYajanganMarah).. Anyway, peace to all.

percaya

SalamSemua, Kesian kita punya sideTopic ni, urg-urg dia muncul 3tahun sekali.. HariRaya pun Setahun sekali.. Tapi mungkin semua keja keras sampai ada yg jadi batu sudah.. hehe(gurauYajanganMarah).. Anyway, peace to all.

Haseenababu

Salam percaya,

bukan batu tapi malu rasanya.......

Anyway, I'm Haseena dari KL. Hope to meet other Malaysians soon.

Regards
Haseena
Life is beautiful if you follow the correct path!

afridi220

Quote from: Haseenababu on April 07, 2011, 02:02:10 AM
Salam percaya,

bukan batu tapi malu rasanya.......

Anyway, I'm Haseena dari KL. Hope to meet other Malaysians soon.

Regards
Haseena

sorry im not Malaysian :yeah:
Peace


People are often unreasonable, illogical and self-centered; forgive them anyway

gclandcp

Salam All,

I'm from Kota Kinabalu Sabah. So... Anybody want to meet up, just pm me.

Peace.

tauhid101

Quote from: gclandcp on April 11, 2012, 07:58:20 AM
Salam All,

I'm from Kota Kinabalu Sabah. So... Anybody want to meet up, just pm me.

Peace.

Peace geoff,

Ndak dapat PM ko, masih ada error. KK? me from beverly bundusan, you? Bekenalan dulu bah baru bejumpa, nanti ko dari MUIS atau JEAHINS pula  :rotfl: jgn marah kio, main2 bah  ;D Saya pernah kena ugut dari JAIS, Malaya dulu. Bah..hopefully we can meet up and chat. While the message box is still out, chat2 di cni saja dulu lah kio.

tauhid101.

FaithThief

how old r u actually?well im sabahan oso from kk.how often u baca quran?

tauhid101

Quote from: FaithThief on May 16, 2012, 07:17:04 PM
how old r u actually?well im sabahan oso from kk.how often u baca quran?

Peace be within you, FaithThief
Was that directed at me? :) Sorry.. I'm past the half-century mark  ;D and been reading, reflecting and remembering, the Book of Truth since early 90's. And never stop the habit, everyday. Mau pinsin sudah bah sia ni  ;D. Kau d KK dari mana?

tauhid101

Averroes

Bah.. Jadi apa cerita kamu urang disabah nie..?? teda perkembangaan ka??...  :)

tauhid101

Peace Averroes,

kita urang disabah ok ok ja bah.. ;D kau dari mana, Averroes..di sabah atau disemenanjung atau luar negeri? skg ni masih blm ada group yg ditubuhkan untuk diskusi2 atau sembang2 ja. yg saya tau, ada juga group wujud dikk tapi mcm utk kawan2 dan keluarga ja. tau lah negeri kita ni, kalo kita org2 biasa ingin pembaharuan dalam ugama, terutama ugama islam, ndak bulih. Tapi kalo ugama itu diturunkan darjatnya oleh org2 politikus bulih pula  ;D

lagi pun disabah ni, ndak ramai yg minat kalo pasal berdiskusi pasal ugama.. tau lah semua sibuk dgn GE13.. ini kali lah!!!  :rotfl:

Peace.

ilatiff

I come in peace.
:group:
Wah terkejut jugak sya terjumpa ni group..I thought I was alone...sya baru jugak la terbukak Mata telinga idung terutama hati DLM hal keagamaan ni ..dulu sya was was mcm Ada saja yg sya rasa tida ngam..now I submit to God and I feel good. Anyways sya  d kk, kalu Ada mo jumpa2 invite la aa..

Earthdom

Salaam

Maybe beberapa bulan lagi saya dan paman di Borneo akan berkunjung ke Negeri Sembilan.
Ada tidak kumpulan jama'ah Quran sahaja atau liberalis muslim di sana??

Just wonder  :hmm

Tuhan Allah senantiasa dipuja dan disanjung!!

percaya

Peace be upon all,

Pertama sekali, Apa khabar kawan² dalam forum ni? Harapnya semua sihat dan success. Punya lama sudah tidak post-mengepost 🤭. Rasanya mcm lebih dari 10 tahun, tiba² saya rasa mau post dalam forum ni. Harap bertambah sudah ahli kita dalam masa 10 tahun ni. Bha kalau ada mau sarita² dlm forum ni or duduk kupi² bleh atur 😄. Mana yang ahli baru tu dialu-alukan 😁.