Salam sejahtera message114,
Kalau bagi saya, kau ndak menggangu bah
. Ndak tau lah pula dengan bro Chris kerana dia yang mulakan post ni. Aku ni pun setakat numpang sekaki ja. Si Christophernya ni pun ndak tau pigi mana sudah.
Saya sebenarnya dari kecil ndak pernah ikut kelas ugama. Belajar di kelas sampingan sebelah malam pun nadada. Kalau disekolah dulu pun, period ugama ja, kalau ndak ponteng kelas saya duduk dibelakang bilik darjah. Sesudah dewasa dan dah bekerja pun, malam2 logop singgarung (minum tiger atau bulldog) sampai pagi. Saya mula minum dari umur 16 tahun sehinggalah saya berhenti semasa umur saya 32 tahun. Huruf jawi pun saya ndak tau. Eja nama sendiri dalam jawi pun ndak tau. Begitulah hidup saya dahulu, pagi bangun pi kerja sampai jam 5, lepas tu happy hours dengan kawan2, pub crawling sampai pub-pub diKK ni tutup. Kalau rasa terlampau haus, lunch time dah mula happy hours. Tapi semasa jadi kaki minum arak, ada masa2nya dalam diri bertanya sendiri, adakah saya akan jadi begini selama-lamanya? Adakah besok malam saya akan duduk dimeja yang sama, minum arak yang sama dan pada jam yang sama?
Pada satu malam, Tuhan telah memberi peluang kepada saya dengan memberi pertunjuk dan saya pula kena buat choice. Saya katakan demikian, kerana pada malam itu, saya baru habiskan satu gelas stout dipub pertama, ada kawan menalipon dari pub lain suruh saya join durang. Dalam perjalanan malam itu lah saya diberi pertunjuk. Tiba2 sahaja pandangan dihadapan saya gelap gelita macam mau ribut. Tidak ada kereta lain pula kelihatan dan jalan raya dihadapan saya pula mengular dan saya terpaksa perlahankan kereta. Jam masa tu baru jam 8.00 malam, kira masih awal lagi dan di jalan raya yang saya ikut ni selalunya masih banyak kereta pada jam itu. Dalam diri bertanya, apa sudah jadi? Saya belok ke kiri dan berhentikan kereta dibelakang kedai. Malam itu saya berfikir didalam kereta sampai tertidur hingga subuh. Tauke kedai tu pula yang kasi bangun saya. Mula hari itulah saya buat choice yang betul (besyukur betul saya pada Tuhan sehingga sekarang), saya kurangkan minum dan bergaul dengan pakcik dan adik saya, mereka ni selalu bercerita pasal al-quran sahaja. Saya mula banyak bertanya pasal ajaran-ajaran dalam al-quran. Pakcik saya ndak pernah merujuk kepada buku-buku hadis, hanya kitab al-quran sahaja. Setiap malam saya mula mengubah program, minum kopi-o dengan pakcik dan adik saya sambil bersoal jawab mengenai Tuhan dan kitabNYa sahaja. Kawan2 minum pula mula berkurangan berkontek pi pub crawling. Apabila persoalan saya dan jawapan yang diterima daripada pakcik dan adik saya mula menjadi ulangan , terasa dalam diri mahu membaca dan mencari jawapan dari kitab terus. Kitab al-quran pertama yang saya beli adalah dalam bahasa indonesia dan melalui kitab inilah saya betul2 mendapat petunjuk hidayah Kebenaran. Ini bukan taksub atau temberang, tapi kebenaran yang sebenar-benarnya seperti firman2 Tuhan dalam kitabNya, hanya Dia yang berhak dan berkuasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Sedangkan nabi pun Dia tegur, bahawa nabi hanya penyampai dan pemberi amaran tetapi hanya Tuhan sahaja yang berhak dan berkuasa untuk memberi petunjuk hidayahNya.
Kalau mau bercerita pasal pengalaman ni, banyak yang mau diceritakan, bukan begitukah bro message114? Setiap hari dalam kehidupan itu adalah pengalaman bagi diri masing-masing, adakah diri itu mengikut jalan yang dikurniakan atau jalan yang dimurkai atau pun jalan yang tersesat. Dengan kitabNya yang terakhir, Tuhan telah memberi pilihan kepada umat manusia seluruhnya tanpa paksaan.
Umur saya sekarang ni 49tahun, masih bekerja dan single but not really looking
. Sekarang ni ndak pula pandai rasa boring walau pun tinggal saturang dirumah. Ndak macam dulu, mau ja cari kawan2 pi pub crawling. Sekarang ni kalau seliurkan tiger, saya belilah 2 atau 3 tin dari milimewa, minum dirumah sendirian sahaja hehehe...
Mana pula pigi bro Chris yang mulakan post ni ah? Ndakkan dia betapa terus di airterjun bunsit?
Buat masa ni ja dulu, bro message114. Salam sejahtera.